Tips Menghadapi Situasi Berat Badan Anak Semakin Menurun Sampai Kurus Kering

Risaunya seorang ibu apabila anaknya seorang ‘picky eater’ atau sangat memilih untuk makan. Hanya makan makanan yang dia suka sahaja. Puas pujuk dengan pelbagai jenis makanan. Masa makan adalah masa untuk ‘berperang’. Susah hati kan?

Affan pada usia 2 tahun adalah seorang picky eater. Makanan dia hanyalah nasi dengan kicap sahaja dan sedikit snek ringan itupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Selebihnya hanya minum susu.

Affan masa umur setahun lebih. Sangat  susah makan waktu ni..

Affan masa umur setahun lebih. Sangat susah makan waktu ni..

Setiap hari ibu risau takut Affan lapar tapi dia masih tidak mahu makan sehingga setiap bulan kena jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan. Setiap bulan berat dia semakin menurun merisaukan doktor. Affan kurus kering menampakkan tulang rusuknya.

Doktor menyarankan supaya susu Affan ditukar. Sebulan selepas itu beratnya masih menurun. Doktor risau sebab ukur lilit kepalanya semakin besar tetapi badan semakin kurus. Ibu akhirnya mengambil langkah menambahkan multivitamin dalam susunya selepas membaca banyak testimoni positif dari ibu-ibu yang senasib mempunyai anak kurus kering.

Berat Affan semakin menurun dari graf

Berat Affan semakin menurun dari graf

Alhamdulillah hati ibu lega apabila Affan mula menunjukkan selera makan yang baik. Setiap pagi bangun dari tidur Affan akan cari ibu dan meminta nasi. Selepas itu bermulalah episod asyikk minta untuk makan sahaja. Beratnya juga semakin bertambah.

Saya sarankan kepada ibu-ibu cubalah beri anak multivitamin sebagai pelengkap nutrisi anak-anak. Mereka amat perlukannya untuk perkembangan tulang, saraf, organ deria, sistem imun dan tumbesarannya. Di usia masih kanak-kanak inilah pertumbuhan perkembangan organ mereka sangat pesat.

Rupanya saya tidak keseorangan berdepan dengan situasi anak kurus kering ni. Ramai lagi ibu-ibu yang senasib. Cuba dengar kisah ibu-ibu kat bawah ni. Anak-anak mereka pun sama, selalu sakit dan kurus kering.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

 

 

Affan masa umur 4 tahun

Affan masa umur 4 tahun

Ibu 3A ~ AnieyYusoff.com

013.777.3122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/tips-menghadapi-situasi-berat-badan-anak-semakin-menurun-sampai-kurus-kering/trackback/

PAGE TOP