Tips Mendidik Anak Pintar Yang Menjadi Idaman Ibu Bapa

Mempunyai anak pintar, bijak, pandai malah genius memang menjadi dambaan setiap ibu bapa sekarang. Alangkah bangganya kalau anak2 kita salah sorang antaranya, sejuk perut ibu yang mengandung kan πŸ™‚

Untuk mendapat anak yang pintar dan bijak maka ibu bapa seharusnya menjadi tulang belakang pada anak2 ini. Anak hebat hasil asuhan dari ibu dan bapa yang hebat juga! Bukan tanggungjawab orang lain tetapi ibu bapa sendiri.

image

Sama-sama kita praktikkan tips dan panduan berikut :

1. Doa Ibu Bapa

Masya Allah doa ibu bapa adalah senjata yang amat kuat untuk anak yang baik, pintar, bijak dan genius. Maka itu, selalulah doakan anak2 kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.

image

2. Dekatkan Anak-anak Dengan Al-Quran

Untuk anak2 cemerlang dalam akademik mahupun dalam hidup maka dekatkanlah anak2 kita dengan Al-Quran.

image

Pengalaman ibu bapa yang mahukan anaknya cemerlang dalam akademik tetapi tidak yakin dengan kelas tahfiz di sekolah tadika anaknya : “saya mahukan anak saya cemerlang dalam akademik tetapi kalau dalam satu hari hanya satu atau dua sahaja subjek yang dipelajari bagaimana dia bileh cemerlang akademik?

Kata gurunya : “percayalah, anak2 yang hafal al-quran ini hatinya terang. Otaknya cerdas. Dia akan mudah menguasai mata pelajaran yang lain.

Selepas dua tahun, alhamdulillah anak tersebut mampu menghafaz juz Amma dan dalam masa yang sama juga menguasai mata pelajaran yang lain. Dia juga mula belajar bahasa Arab. Malah keputusan akademik anak2 tahfiz lebih baik berbanding anak2 yang lain.

Oleh itu, jika mahukan anak2 kita menjadi orang pintar maka ajarlah mereka membaca dan menghafaz al-quran.

3. Beri Anak Minum Banyak Air Kosong

Memang menjadi lumrah anak2 kita memang malas minum air kosong kan? Kalau diberi pilihan air kosong dan air manis laju je air manis menjadi pilihan kan.

Tapi alhamdulillah, anak2 saya memang dari kecik saya galakkan minum air kosong. Air kosong yang ditapis menggunakan Water Pitcher Shaklee. Air manis memang sangat jarang bagi mereka minum kecuali teh o sebab ibu diaorang memang hantu teh o πŸ™‚ asal buat je anak2 sibuk hulur cawan masing2 πŸ™‚

Untuk otak berfungsi dengan baik, ia memerlukan oksigen yang cukup. Oleh itu, berikanlah anak2 kita meminum air kosong yang mengandungi kadar oksigen yang tinggi.

Air yang dimasak mengandungi kadar oksigen yang lebih rendah. Justeru, paling terbaik berikan anak2 kita minum air yang ditapis atau air mineral yang berkualiti. Paling terbaik adalah air zam zam.

4. Hadkan Masa Menonton TV, Bermain Komputer Dan Gajet

Bab ni memang sangat mencabar. Betul tak? Anak2 sejak lahir lagi sudah didedahkan dengan komputer dan gajet.

Kita perlu melatih dan mengawal anak2 agar menggunakan gajet secara positif agar mendapat manfaat daripadanya. Kerana dikhuatiri jika ia dilakukan secara berlebihan akan memberi kesan negatif pada minda dan pelajaran anak2.

Kita perlu fleksibel dan bijak mengurus anak2 dan tarikan gajet ini. Misalnya, tetapkan syarat tidak boleh menggunakan komputer atau gajet selagi kerja sekolah belum disiapkan, ulangkaji belum dibuat, al-quran belum dibaca dan solat belum ditunaikan.

InsyaAllah mereka lebih terdidik agar bijak meletakkan keutamaan pada perkara yang penting.

5. Wujudkan Suasana Pembelajaran Yang Selesa Untuk Anak-anak

Untuk anak2 belajar dengan sempurna maka sediakan tempat belajar yang selesa untuk mereka. Sediakan satu bilik atau sudut pembelajaran khas untuk anak2 belajar.

image

6. Bina Hubungan Yang Baik Antara Guru

Untuk berjaya selalu la berdampingan dan merujuk pada insan yang lebih berilmu. Betapa mulianya darjat insan berilmu yang dipanggil guru.

Ibu bapa juga boleh merujuk perkembangan tentang anak masing2 pada guru. Dengan ini kita tahu apa yang perlu kita lakukan dalam pembelajaran anak2 di rumah.

7. Tidur Dan Rehat Yang Mencukupi

Tetapkan waktu tidur anak2 setiap malam. Contohnya, tepat sahaja jam 10.30 malam, semua anak mesti masuk tidur.

Tidur yang cukup membuatkan anak2 lebih bertenaga, fokus dan sihat untuk memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

8. Disiplinkan Masa Belajar Anak-anak

Anak-anak yang bijak dan pintar lahir apabila ibu bapa secara istiqamah memastikan mereka belajar setiap hari. Oleh itu, kita perlu buat jadual belajar anak-anak dan memastikan mereka mematuhi jadual belajar tersebut.

Apabila masuk waktu belajar, seluruh ahli keluarga perlu memberikan kerjasama. Tutup televisyen, hormati waktu belajar dan jangan bising agar anak2 dapat tumpu pada apa yang dipelajarinya.

Apabila semua orang memanfaatkan waktu tersebut untuk membaca dan menuntut ilmu lama-kelamaan Β ia akan menjadi rutin dalam keluarga dan akan membentuk tabiat belajar dalam diri anak2

9. Berikan Anak2 Makan Makanan Yang Mampu Meningkatkan Daya Ingatan Mereka

Subur pohon kerana bajanya, subur minda kerana pemakanannya. Pastikan anak2 kita ambil sarapan sebelum ke sekolah. Sarapan memastikan anak2 cukup tenaga untuk fokus pada pelajarannya sewaktu di sekolah.

Berikan anak2 makan kurma, kismis dan madu lebah. Juga penting makanan yang kaya dengan omega-3. Omega-3 akan mengawalatur perembesan dan keupayaan neurotransmitter di otak.

Untuk sumber omega-3 saya memberikan 3A saya makan Omega Guard kerana ia satu2nya minyak ikan paling tulen di dunia dan paling selamat tanpa bahan bahaya seperti merkuri.

Lebihkan juga buah-buahan dan sayur. Elakkan anak2 kita daripada memakan makanan segera, minuman bergas dan karbonat, serta makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna.

Semoga dengan mengamalkan tips2 ini kita akan melahirkan anak2 yang pintar, genius, bijak dan cemerlang di dunia juga akhirat.

Sama2 kita mengutip ilmu untuk menjadi ibu bapa yang hebat. Ibu bapa tanpa ilmu umpama ibu bapa yang mencorakkan anak2 tanpa hala tuju dan tujuan.

Salam Sayang, semoga bermanfaat πŸ™‚

AnieyYusoff Β ~ Diari Seorang Ibu

 

2 Comments

  1. No. 3 dan 4 itu yang menjadi masalah utama saya sekarang ni. Anak sulung saya tu kalau takda air ‘idaman kalbu’nya, sanggup dia berpuasa tak minum di rumah. Kalau kita keluar berjalan dan bekalkan air mineral, tetap juga buat muka minta dibelikan air sedap katanya. Kita ni sebagai mak memang selalu je nak mengalah pada kehendak anak-anak. Itu juga masalah saya.

    Bab gajet ni, aduhai…. kita kunci pintu bilik komputer, kita sembunyi segala gadgets, siap berpassword bagai pun masih lagi tak boleh nak ubah sikap si sulung tu. Itu yang badan makin sihat. Makan cerewet, aktiviti luar tak best katanya….

    Susah, susah…

    Anyway, thanks untuk perkongsian ni. Sesekali baca, teruja juga nak mengamalkannya!
    Mummydearie recently posted…Entri 2+1My Profile

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      Cabaran betul kan, lain peringkat umur lain cabarannya. InsyaAllah bila kita selalu ingatkan dia, sebenarnya dia tahu tp naluri keinginan dia tu lebih skit. Sampai masa dia akan ikut apa mummy dia cakap. Hihi tp mummynya jgn cepat mengalah okay..perkongsian ni utk kita sama2 jd ibu hebat. Chaiyokk MD!

Trackback 933

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/tips-mendidik-anak-pintar-yang-menjadi-idaman-ibu-bapa/trackback/

PAGE TOP