Susu Halips Gold Istimewa Untuk Anak-anak

Susu halips gold menjadi pilihan susu untuk anak-anak syurga di rumah ni sekarang. Alhamdulillah Aimy dan Affan suka minum susu halips ni. Mula-mula beli risau takut diaorang ni tak nak minum.

HALIB GOLD

Khasiat Bahan Dalam Susu Halips Gold

Kismis

Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi  penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma

Kurma ialah sejenis tunbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagainya Phonex Dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Kanak-kanak  amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Kalsium Rumpai Laut

Diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap oleh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

Buah Goji

Buah goji  menyediakan kira-kira 370 kalori setiap 100gm hidangan, buah beri Goji adalah antara buah paling berkhasiat di bumi. Ia menjadi satu hidangan yang mengandungi 68% karbohidrat, 12% protein, 10% lemak dan 10% serat. Goji juga mengandungi pelbagai lagi nutrisi lain, termasuk mineral-mineral yang diperlukan,asid-asid amino,vitamin-vitamin,asid lemak tidak tepu (yang baik untuk mencegah obesiti), phytosterols, karotenoid dan ciri-ciri antipengoksida lain.

L-Lysine

L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh badan kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.
Cara penyediaan:
campurkan 4 sudu susu dengan 200ml air suam…tapi susu halips diaorang ni macam biasa campur dengan mealshakes 🙂
Susu Halib’s adalah produk keluaran bumiputera Islam alternatif kepada susu yang ada di pasaran dengan formulasi sumber makanan terbaik. Susu Halib’s hanya dijual oleh pengedar/stokis tertentu sahaja dan belum ada di pasaraya. Boleh dibeli dalam kuantiti karton untuk harga yang lebih murah
Susu Halibs diproses di bawah Amalan Pengilangan Islam (IMP). Antara amalan yang terdapat pada pengilangan:
  • Semua staf/operator dalam keadaan berwuduk
  • Perhimpunan setiap pagi untuk bacaan doa, asmaul husna, doa syifa’ dan tazkirah
  • Sesi kelas membaca Al QUran bagi staf/operator
  • Alunan audio zikir sepanjang pemprosesan produk
  • Menutup aurat, berkopiah bagi lelaki
  • Staf/operator perempuan yg dalam keadaan haid diasingkan dari bahagian pemprosesan produk
  • Amalan solat sunat dhuha setiap hari dan solat fardhu secara berjemaah di kilang
  • Kilang sentiasa dalam keadaan bersih

Semoga anak-anak kita mendapat manfaat yang berganda hasil pemakanan yang sihat ini. Aimy sudah 2 tahun hari ini dan sedang dalam proses ‘wean off’ susu ibu dan sekarang join abang Affan sekali minum susu halips ni 🙂

Saya sekarang juga salah seorang rakanimp ini. Jadi untuk mendapatkan susu halips ini atau sebarang produk keluaran IMP boleh hubungi saya 🙂

Untuk senarai penuh semua produk dibawah IMP ini boleh rujuk di www.rakanimp.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/susu-halips-gold-istimewa-untuk-anak-anak/trackback/

PAGE TOP