Selamatkah Suntikan Epidural Bagi Ibu Dan Bayi?

Pengalaman Mengambil Epidural

Pengalaman semasa ingin bersalinkan anak sulung sangat-sangat segar dalam memori..apa taknya selama 17 jam menahan sakit contaction. Ya Allah, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Rasa nak je bagitau doktor, “operate la doktor saya ni dah tak tahan sangat dah” tapi cakap dalam hati je la. Ya Allah, masih bertahan dan sabar lagi. Sesekali doktor datang periksa, mengharapkan doktor akan bagitau “jalan awak dah bukak 10cm ni dah boleh ke labour room” punya la nak cepat-cepat beranak tapi lain pulak doktor bagitau. Selepas 10 jam sakit, jalan baru bukak 3cm. Doktor bagitau, “okey bagus! semua dalam keadaan baik, saya yakin awak boleh bersalin normal” Waaa…muka doktor pun tak boleh nak pandang dah sebab dah sakit sangat.

Suami dan mak mertua menjadi peneman jadi pengurut kaki. Tu pun tak berapa nak pandang dah muka diaorang sebab terlampau sakit. Air zam zam juga air bacaan yasin yang sendiri buat juga jadi peneman. Setelah 12 jam sakit saya bagitau suami yang saya dah tak mampu nak tahan dah. Doktor tanya, mahu suntikan epidural tak? Sebenarnya dari awal memang tak nak tapi sebab dah tak tahan sangat maka saya pun bersetuju untuk ambil epidural.

Setelah disuntik dengan epidural saya rasa mengantuk yang amat sangat tapi sakit masih berterusan. Masa ni rasa nak marah je doktor “kenapa saya rasa sakit lagi ni doktor?” tapi cakap dalam hati juga la hihi.. Suami ada bagitau panjang betul jarum untuk suntik epidural. Huhu saya tak pandang dah sebab tak mampu. Dan akhirnya setelah 17 jam, lahirlah seorang puteri comel. Alhamdulillah syukur yang teramat sangat.

Mengenali Epidural

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.

Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius. Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas.

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Epidural-Anesthesia-Procedure1

Kegunaan epidural

1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.

3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.

4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

Kesan Sampingan Epidural

  • Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.
  • Epidural boleh menyebabkan tekanan darah jatuh tiba-tiba. Oleh itu, pengawasan dan pemeriksaan tekanan darah oleh Doktor akan dilakukan.
  • Anda mungkin akan berisiko mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Bagaimanapun kurang 1% wanita berdepan masalah ini
  • Anda juga mungkin mengalami simptom seperti menggigil, loya dan kesakitan di mana jarum dimasukkan
  • Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan

Perlukah Epidural?

Bersalin adalah satu proses yang semulajadi. Selagi kita boleh mengelakkan dari mendapat bantuan dari sebarang ubat dan steroid maka itu lebih baik. Jadikan kelahiran anak kita terjadi secara semulajadi “tanpa dadah”. Makanya, untuk kelahiran pertama sahaja saya mengambil epidural. Bersalinkan Affan dan Aimy semuanya berlaku secara semulajadi.

Bagi ibu yang bakal bersalin, banyakkan mencari ilmu tentang kaedah semulajadi yang membantu mengurangkan rasa sakit bersalin seperti kaedah bersalin di dalam air yang telah mula mendapat perhatian bagi ibu-ibu di Malaysia. Mungkin boleh baca pengalaman ibu2 di Malaysia di sini

Salam Sayang, semoga bermanfaat

Ibu3A ~ AnieyYusoff

Rujukan :

1. Epidural Pain Relief For Labour

2. Epidural Kurangkan Sakit Bersalin

3. Natural Childbirth

4 Comments

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      Alhamdulillah..pengalaman yg mendorong kepada pencarian ilmu. Nak jadi ibu hebat mcm kak Rohana kena byk cari ilmu lg 🙂

  1. Salam singgah!

    Kali pertama saya pun disuntik epidural, atas kehendak doktor! Saya ni jenis penakut yang amat. Memang fobia dengan hospital. Bau-bauan hospital apalah lagi. So memang tak pernah jejak kaki ke hospital. Kalau masuk je, terus rasa nak pitam. Makanya saya luahkan pada doktor saya masa tu. So bila masuk labour room aje, doktor terus suggest epidural. Masa tu takut punya pasal, semua pun main ya je. Takdanya nak kata tidak. Tapi yang pertama ni was very smooth. Takda rasa apa dari awal sakit sampailah dihantar balik ke wad.

    Anak kedua kena C-sect. So memang berbius jugalah. Yang ini dari awal pregnancy sampailah bersalin memang sakit memanjang. Of courselah kalau kena normal sekalipun saya pulak yang minta epidural sebelum doktor cakap apa-apa. Cuma lepas c-sect tu, saya masih terasa kesan kebas sampai berbulan juga.
    Mummydearie recently posted…Ini barulah MD’s ~_^My Profile

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      wow dasatnya fobia mummydearie sampai bau hospital pun xboleh hihi..alhamdulillah anak sulung senangnya bersalin..

      Aah rata2 kwn2 yg ada pengalaman c-sect pun mmg bgtau walau dh dekat 2 tahun masih lagi terasa ngilu kt tmpt tu. Auww saya yg dgr pun rasa ngilu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/selamatkah-suntikan-epidural-bagi-ibu-dan-bayi/trackback/

PAGE TOP