Saya WAHM Yang Bahagia!

Sejujurnya sebelum ini saya sangat cemburu melihat surirumah sepenuh masa yang dapat menjaga anak-anak dengan tangan sendiri. Masa tu rasa tidak mampu untuk jadi seperti mereka. Merekalah ‘super women’ dalam keluarga. Sebelum ni saya hanya berangan dan bermimpi untuk menjaga anak-anak sendiri tanpa perlu menghantar mereka kepada pengasuh. Mahu menghantar dan mengambil mereka sendiri ke sekolah. TETAPI takut untuk berhenti kerja pada masa tu. Apa yang membuat saya berani dan tekad? Berhenti kerja bermakna saya tidak mendapat gaji bulanan.

Namun saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan jua cita-cita saya. Sekarang saya dengan bahagia dan gembira menyediakan sarapan anak-anak sebelum ke sekolah, menghantar dan mengambil kakak Alyaa di depan pintu sekolah lagi. Kadang-kadang sampai ke kelas hihi sebab kesian beg sekolah yang berat. Puas rasa hati seorang ibu. Pagi menghantar Alyaa ke sekolah KAFA manakala tengahari ke sekolah kebangsaan pula.

Bahagia sebab tanpa perlu memikirkan untuk mengambil cuti sakit sekiranya anak demam atau tidak sihat. Bahagia sebab dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Sesungguhnya mereka cepat membesar. Amat rugi habiskan masa yang sedikit bersama mereka. Saya bahagia dan bersyukur ALHAMDULILLAH..

Eh, tapi saya masih bekerjaya tau walaupun sudah berhenti kerja. Saya adalah Work At Home Mom! Menguruskan bisnes sendiri dari rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak. Bisness yang bakal saya wariskan pada anak-anak kelak.

TETAPI kalau anda takut untuk letih dan penat jangan sesekali memilih untuk jadi WAHM tau! Walau penat walau letih saya puas dan gembira sekali! Jatuh bangun sakit anak-anak, ibulah orang pertama yang tau dulu.

Diari Ibu 3A ~ AnieyYusoff.com

013.777.3122

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/saya-wahm-yang-bahagia/trackback/

PAGE TOP