Sabun Penyebab Rengsa Pada Tangan

Hari tu ibu terkejut tengok tangan Affan menggelupas, kering, kulit nipis, luka dan berdarah. Siap boleh nampak isi kulit dan akan berdarah di sebalik kulit yang menggelupas. Setelah dibawa ke klinik, doktor memberitahu bahawa tangan Affan terjadi begitu kerana alah atau rengsa pada sabun.

Doktor nasihatkan supaya kalau boleh mandi dengan air biasa sahaja tak payah pakai sabun mandi ke sebarang mandian ke kerana itu lebih baik.

IMG_2210

Mungkin kita para ibu ni berpendapat RUMAH adalah tempat paling selamat sekali untuk anak-anak TETAPI sebenarnya tidak! Perhatikan sekeliling rumah kita. Di situ kita akan perhatikan terdapatnya pencuci peluntur, racun serangga, sabun pencuci dan banyak lagi yang pada dasarnya dianggap selamat tetapi sebenarnya di dalam bahan tersebut terdapat bahan-bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan kita samaada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Bahaya Sabun Dan Bahan Pencuci

Sabun dan bahan pencuci merupakan bahan kimia yang paling bahaya berbanding bahan-bahan lain. Ini kerana kandungan dan bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Bahan pencuci mengandungi agen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci. Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakkan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan pencuci pakaian.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini.

Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Hand-washing-always-safest-method-Fill-basin-sink-tepid-water-add-two-caps-delicate-detergent

Pastikan Rumah Kita Adalah Tempat Paling Selamat Untuk Sekeluarga

Tahukah kita bahawa kesihatan anak-anak dan seisi keluarga bermula dari rumah. Tau tak cerita tentang kenapa Roger Barnett CEO Shaklee Membeli Shaklee? “Pada tahun 2004, Roger Barnett beli Shaklee dengan harga 310 USD. Semuanya bermula apabila anak lelaki pasangan ini Roger Barnett dan Sloan Barnett iaitu Spencer yang berumur 3 tahun masa ni mula batuk dan menghadapi masalah pernafasan. Setelah diperiksa, Spencer didapati menghidap asma. Oleh sebab, sejarah pada kedua-dua belah keluarga pasangan ini tidak mempunyai masalah asma, kemungkinan pencetus kepada asma Spencer adalah disebabkan persekitaran yang tidak sihat dan bertoksik.

Sloan Barnett mula giat membersihkan rumah mereka daripada sebarang habuk dan persekitaran tidak bersih (bagus betul mak spencer ni kan). Tapi usahanya tidak menampakkan hasil sehinggalah setelah dia menggunakan Cecair Pencuci Basic H2 dari rangkaian Get Clean Home. Rupanya pencetus kepada alahan itu datang dari dalam rumah juga oleh penggunaan cecair pencuci dan sabun yang meninggalkan kesan toksik di dalam rumah. Setelah menggunakan Basic H, menakjubkan perkembangan kesihatan Spencer bertambah baik dan tidak perlu dikejarkan ke hospital lagi.

Shaklee Effect dari keluarga Roger Barnett ini membuatkan beliau yakin dengan kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee sehinggakan beliau membeli keseluruhan Shaklee Corporation (ini memang orang billionaire dalam perniagaan) bermula hanya dengan Basic H!

Keluarga Roger Barnett

Keluarga Roger Barnett

Baca >> Panduan Anak Sihat Bermula Dari Rumah

Basic H2 Pencuci Serbaguna

Inilah rupa basic H tu. Di rumah sekarang bukan sekarang bukan setakat basic h ni sahaja yang guna malah 1 Get Clean Home! Cuci pinggan, cuci baju, mop lantai, cuci toilet, syampu semuanya shaklee sebab saya percaya adalah SELAMAT untuk kita sekeluarga. Selamat untuk rumah dan juga bumi.

Basic-H-

 

 

Salah satu aktiviti di rumah dengan basic H

Salah satu aktiviti di rumah dengan basic H

Bertukar jenama boleh merubah kesihatan anak-anak kita.

Salam Sayang Dari,

AnieyYusoff 013.777.3122

FB Page : Nikmat Hidup Sihat

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Setapak

 

Rujukan : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=468

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/sabun-penyebab-rengsa-pada-tangan/trackback/

PAGE TOP