Panduan Penyediaan Makanan Untuk Anak Ketika Sakit

Balik dari sekolah petang hari tu Affan Noh tidak mahu makan, katanya kenyang makan kat sekolah. Menjelang malam, ibu ajak Affan makan lagi tapi dia tak mahu makan lagi. Bila ibu risik-risik dan tanya kenapa Affan tak nak makan barulah dia bagitau mulut dia sakit. Affan ni baru nak bagitau ibu. Mulut dia penuh dengan ulser, terus ibu ambil ubat dan sapu.

Malam tu, ibu masakkan bubur nasi untuk Affan. Itu pun makan la sedikit. Susah hati kan bila anak-anak kita sakit.

Apabila sakit, anak kita akan kehilangan nafsu makan. Salah satu cara memancing selera anak-anak adalah dengan menyediakan makanan yang sesuai dengan gangguan kesihatan yang dialami mereka. Di sini, peranan ibu sangat penting.

penjagaan anak sakit

Selsema

Apabila anak selsema cara terbaik untuk meredakan selsema adalah dengan istirehat yang cukup, kurangkan bermain semasa cuaca panas dan makan makanan berkhasiat.

Keperluan tenaga dan protien lebih tinggi pada waktu ini berbanding keadaan semasa sihat kerana metabolismenya meningkat. Bagi membuatnya berselera ketika makan, ibu2 patut sediakan makanan berkuah untuk anak seperti sup.

Batuk

Batuk bukanlah penyakit tetapi adalah mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernafasan. Ia gejala penyakit atau reaksi tubuh terhadap iritasi yang terjadi di tekak.

Sama seperti selsema, untuk membuat pertahanan tubuh anak lebih kuat, dia memerlukan tenaga dan protien. Ibu patut sediakan makanan yang lembut dan berkuah. Boleh juga kita sediakan minuman suam yang mengandungi halia dan madu. Makanan berminyak, manis dan sejuk patut dielakkan.

Cirit-birit

Jika percernaan terganggu akibat cirit birit, ibu2 kena memilih untuk sediakan makanan yang mudah dicerna dan diserap. Buah dan sayur yang berserat rendah boleh diberikan seperti pisang, epal, lobak, aprikot, kentang dan kekacang.

Bahan makanan ini mengandungi pektin untuk membantu menyerap air. Makanan pedas, masam, berserat tinggi dan juga makanan berlemak tinggi yang mengandungi santan dan susu patut dielakkan.

Sembelit

Sembelit selalunya terjadi pada kanak-kanak yang jarang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangnya serat membuatkan pengeluaran najis terganggu. Ibu2 patut memilih makanan berserat tinggi seperti buah betik, oren, avokado dan plum. Banyakkan pemberian air sebanyak satu hingga 1.5 liter bagi melancarkan pencernaannya.

Ulser

Kanak-kanak yang ulser tentu amat sukar untuk makan dan memasukkan makanan ke dalam mulut. Ibu-ibu sebaiknya pilih makanan yang mudah dimakan seperti bubur dan jus. Pastikan anak tetap mendapat karbohidrat yang cukup. Sekiranya anak kita sukar untuk mengunyah nasi, kita boleh gantikan dengan sumber karbohidrat lain yang lebih lembut seperti kentang, ubi-ubian atau tepung.

Dan jangan lupa juga makanan yang mengandungi vitamin c tinggi seperti oren, strawberi, tomato, kiwi dan brokoli.

Bahagian Dalam Mulut Penuh Ulser Macam ni

Bahagian Dalam Mulut Penuh Ulser Macam ni

Pilihan Rawatan Semulajadi Cara Kami

Untuk Affan Noh yang tengah ulser ni, ibu bagi dia chewable vitamin c dan nutriferon campur sikit dalam air minum dia. Nutriferon kesayangan saya ini adalah first aid yang pertama dalam keluarga kami kalau ditimpa sakit.

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Semasa sakit, sistem imun kita sebenarnya sedang bekerja keras melawan serangan virus dan bakteria. Jadi nutriferon membantu ‘askar-askar’ kita bekerja menentang penyakit. Sebab tu saya sangat sayangkan nutriferon!

Salam Sayang,

Aniey Yusoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/panduan-penyediaan-makanan-untuk-anak-ketika-sakit/trackback/

PAGE TOP