Ladang Alam Warisan ~ Di sini Keluarga Besar Naila Bersatu Di Hari Keluarga

Setelah hampir 2 bulan merancang dan sepakat memilih tarikh akhirnya Family Day Naila Superpower telah selamat berlangsung 12 April yang lalu. Cepat betul masa berlalu dalam rasa jauh lagi tarikhnya masa merancang tu tetiba dah berlalu minggu lepas. Allahu Akbar

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dari awal perjalanan kami dan sahabat-sahabat yang jauh dari Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.

Naila Superpower

Cerita pasal Naila, naila ni sapa la pulak kan. Orang ke atau nama tempat ke? Hihi..Naila Superpower sebenarnya ialah nama group rahsia bisnes shaklee kitaorang di bawah upline Ainul Malik. Ada rahsia besar tau disebalik nama Naila ni. Maksud Naila ialah “orang-orang yang berjaya atau kemenangan”

Alhamdulillah bertuah sungguh berada bawah organisasi Naila yang best ni. Macam mana boleh kata tak best sebab di bawah group rahsia inilah kitaorang diberi input dan diajar cara berbisness dari A-Z. Ikatan ukhwah yang terjalin sesama sideline atau ‘adik-beradik’ dalam keluarga besar ni bukan setakat di FB sahaja tetapi mesra di luar umpama dah kenal lama la.

Am Perpatih Homestay Kuala Pilah

Disebabkan ada beberapa family yang datang dari jauh maka kitaorang memilih untuk tinggal di homestay jadi tak de la terkejar nak keluar rumah sesudah subuh kan.

Kami pilih Am Perpatih Homestay. Banglo dengan 8 buah bilik dan 4 bilik air. Amat berdekatan dengan Ladang Alam Warisan. Fuhh memang luas dan besar la rumah ni. Saya dan keluarga tiba dari KL di homestay ni pukul 7 petang. Keluarga ke 2 sampai jadi boleh la pilih bilik dulu hihi. Bilik semua memang luas tapi kami pilih bilik dekat dapur sebab dekat nk pergi bilik air sebab bilik air semua kat dapur πŸ™‚

IMG-20150413-WA0021

 

Lepak-lepak di Home stay

Lepak-lepak di Home stay

Lepak di perkarangan Homestay

Lepak di perkarangan Homestay

Aktiviti pertama kami malam ni ialah keluar makan. 4 keluarga dah tiba dan malam tu kami makan malam di Restoran Warisan, restoran yang agak popular kat Kuala Pilah ni.

FB_IMG_1428894515015

 

Menu Hidangan Kami

Menu Hidangan Kami

Selesai makan, sekembali ke homestay kitaorang main game Masteria! Saya sungguh tak sabar nak main sebab pertama kali nak main ni. Eh rasanya semua orang pun sama tak sabar ni πŸ™‚

Game Board Masteria

Game Board Masteria

Ok, sedikit review tentang game Masteria ni. Diasaskan oleh seorang master dalam Shaklee iaitu Master Hadhatina. Game ni macam game Saidina atau seangkatan tu jugak cuma ia disesuaikan untuk yang bergelar Shaklee Independent Distributor sahaja. Penuh dengan ciri dan perjalanan bagaimana nak berjaya di dalam shaklee. Bermula dari SID biasa sehingga bergelar Master Coordinator. Game ni orang pertama bergelar Master adalah pemenang!

Kami main 4 orang, Riza, Ainul, Su dan bankernya Master Lyna. Main punya main kan memang nasib saya sungguh baik malam ni. Hihi perjalanan bisness yang lancar dan akhirnya Alhamdulillah saya menang! I’m Master! Memang best main ni. Ok..boleh tidur dengan lena πŸ™‚

Waa...saya menang!

Waa…saya menang!

Ladang Alam Warisan Kuala Pilah

Sebelum ke sini memang tau serba sedikit pasal tempat ni sebabnya Ladang Alam Warisan ni pernah keluar beberapa kali dalam rancangan TV. Ladang Alam Warisan di Utusan. Boleh juga dapat maklumat dari lamanΒ FB : Ladang Alam Warisan

Bagi yang inginkan alamat lengkap ini alamat penuh Ladang Alam Warisan :

Jalan Masjid, Kampung Tengah,

Seri Menanti,

71550 Kuala Pilah

Negeri Sembilan

Sungguh tak sabar betul nak tunggu hari ini tiba. Anak-anak juga tak sabar-sabar nak naik kuda dan memanah. Inilah juga sebab utama hadirkan diri ke Family Day ni, selain bersilaturrahim sebenarnya nak bawak anak2 mengenali sukan berkuda dan memanah, antara sukan kegemaran Rasullullah SAW.

 

Kakak Alyaa ~ Selamat Datang Ke Ladang Alam Warisan

Kakak Alyaa ~ Selamat Datang Ke Ladang Alam Warisan

Sesudah bersarapan berlatar belakangkan suasana yang damai dan tenang dan suasana kampung kita layan CABUTAN BERTUAH dan penyampaian hadiah pencapaian SID terbaik oleh nanny Ainul Malik dan disampaikan oleh Master kesayangan ramai Master Lyna πŸ™‚

IMG-20150413-WA0018

Tentetif kami hari ni

Tentetif kami hari ni

Makan Dalam Suasana Tenang

Makan Dalam Suasana Tenang

PenyampaianHadiah Oleh Master Lyna

Penyampaian Hadiah Oleh Master Lyna

yeay! dapat hadiah cabutan bertuah

yeay! dapat hadiah cabutan bertuah

Acara Berkuda

Yeay! Seronok Alyaa dengan Affan yang asyik bertanya bila nak naik kuda. Kita tengok sapa yang berani nanti hihi..

Kakak Alyaa yang berani naik sorang2. Err Affan yang konon berani tadi mana?

Syabas Kakak Alyaa Yang Berani

Syabas Kakak Alyaa Yang Berani

Takut rupanya Affan nak naik sorang2..jadi kami menunggang berdua dengan kuda yang sado ini. Pengalaman pertama naikk kuda rasa gayat dan gerun jugaklah tapi nak naik lagi..hihi

Berkuda Dengan Kuda Sado la

Berkuda Dengan Kuda Sado la

Memanah

Ok, ini sukan yang dah lama rasa nak cuba. Alhamdulillah dapat rasa pertama kali kat sini. Apa yang boleh kata, kami dah jatuh cinta dengan sukan memanah. Ya kami..ibu, kakak Alyaa dan Affan. Sampai nangis2 la kakak Alyaa nak lagi dan lagi..

Tekun Kakak Nak Letak Arrow

Tekun Kakak Nak Letak Arrow

Panahan Affan memang terbaik! Gaya seorang juara la. Nanti kita main lagi ye Alyaa Affan. Tak puas rasanya satu hari main.

Macam Pro La

Macam Pro La

Mak-mak Pulak Memanah

Mak-mak Pulak Memanah

Hidangan Makan Tengah Hari Yang Istimewa!

Selesai memanah, giliran makan tengah hari pulak. Istimewanya hidangan ini dimasak sendiri oleh keluarga pemilik Ladang Alam Warisan. Antara menunya ialah daging masak lemak cili api dengan pucuk ubi, telur itik masak lemak, ikan keli bersama air asam dan daging paprik. Memang superb!

Animal Feeding

Selain kuda dan memanah, Ladang Alam Warisan juga menempatkan haiwan seperti rusa, burung merak,ayam, itik, kambing dan banyak lagi. Kanak-kanak terutamanya boleh merasa pengalaman memberi haiwan makan.

Screenshot_2015-04-18-09-03-26

IMG-20150413-WA0002

Kagum dengan kakak Alyaa yang berani. Mula2 takut jugak lama2 berani bagi rusa makan. Syabas Alyaa! Ibu pun penakut haha. Affan pulak memang penakut sangat mula-mula. Bagi makanan baling je dari jauh tapi selepas tengok kakak dia mula semangat. Akhirnya…yeay dh berani!

IMG-20150413-WA0003

Mak-mak teman anak bagi haiwan makan

Mak-mak teman anak bagi haiwan makan

Inilah acara akhir sebelum kami masing-masing bersurai. Alhamdulillah untuk semuanya. Ikatan ukhwah yang terjalin atas nama bisness kerana Allah. Semoga kekal hingga ke syurga.

Semoga tahun depan jumpa lagi dalam aktiviti keluarga yang lebih besar lagi. Love Family Naila!

FB_IMG_1428894893595

Salam sayang,

AnieyYusoff ~ Ibu3A

4 Comments

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      Memang best! Next time kita buat kt tmpt lg best jom!

  1. Bestnya dapat hadiah cabutan bertuah tu ya. Tahniah.

    Setakat ni tak pernah lagi naik kuda, kereta kuda jer pernah naik. Bila baca cerita pengalaman naik kuda dan memanah ni, terasa macam nak gi juga Ladang Alam Warisan ni.

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      Kena pegi ni tuan Eizil, rasa pengalaman kt sana. Nk rasa pengalaman memanah sambil berkuda pun boleh tp kena teror dulu la..kan berkuda ke mana memanah ke mana hihi πŸ™‚

Trackback 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/ladang-alam-warisan-di-sini-keluarga-besar-naila-bersatu-di-hari-keluarga/trackback/

PAGE TOP