Ketahuilah Para Ibu Bahawa Doamu Sangat Dahsyat

Nabi Muhammad SAW mengatakan, doa ibu untuk anaknya adalah doa yang mustajab. Ini kerana, doa ibu mempunyai kekuatan daripada kemuliaan orang tua dan kekuatan daripada daya ubah doa.

Ibu atau bapa yang melihat anaknya berbakti kepadanya, pasti mendoakan anaknya mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah. Begitu juga bagi anak yang menderhaka, kerana kasih sayang ibu bapa tetap mendoakan kebaikan untuk anaknya.

Namun, apabila ibu bapa yang tidak redha dengan dengan perlakuan anak, maka Allah SWT menahan rahmatNya daripada sampai kepada anak itu, walaupun ibu bapanya tidak pernah memohon Allah SWT melakukan hal itu. Begitulah redha Allah bergantung pada redha seorang ibu.

doa ibu

Rahsia Dahsyatnya Doa Ibu

1. Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemulian doa itu sendiri di sisi Allah

2. Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua, khususnya ibu di sisi Allah SWT

3. Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua

4. Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua

Mulianya Seorang Ibu

Ibu dan bapa memiliki kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT. Melalui ayat al-quran di bawah jelas menunjukkan bahawa besarnya perhatian islam pada hak-hak orang tua kepada anak-anak mereka hingga perintah memuliakan orang tua sama dengan perintah ibadah dan menggesakan Allah SWT.

Surah Al-baqarah, ayat 83 yang bermaksud ,”

janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu,”

Surah An-Nisak, ayat 36 yang bermaksud,”

“sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu dan bapamu,”

Surah Al-Israk, ayat 23 yang bermaksud,”

“Tuhanmu memerintahkan kamu supaya jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu dan bapamu dengan sebaik-baiknya,”

Wahai ibu-ibu, lihatlah betapa Allah SWT meninggikan dan memuliakan darjat orang tua hingga perintah berbakti kepada kedua ibu bapa diletakkan dalam ayat yang sama yang memerintahkan manusia menyembah Allah SWT.

Kewajipan berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa menduduki tempat kedua selepas perintah menyembah Allah SWT. Betapa tinggi dan mulianya darjat orang tua di sisi Allah SWT dan betapa besarnya hak orang tua kepada anak-anaknya.

Seorang anak dikatakan anak yang soleh apabila dia taat kepada Allah SWT dan taat kepada ibu bapanya. Duhai anak yang masih punyai ibu dan bapa hormatilah, muliakanlah dan layanilah ibu bapa dengan sebaik-baiknya.

Alfatihah untuk arwah ibu yang sudah 7 tahun meninggalkan kami 12 Mei 2008 di saat ramai anak mengungkapkan selamat hari ibu pada ibu masing-masing. InsyaAllah doa untuk ibu hadir setiap kali selepas solatku. Setiap hari adalah hari untuk doa dikirimkan. Semoga alam kubur ibu menjadi salah satu dari taman-taman syurga. Amin

Hebatnya Doa Ibu1

 

Salam Sayang,

Aniey Yusoff

1 Comments

  1. Ibu memang tempatnya sangat istimewa. Kalau sebelum ini kita mungkin tak berapa memahami tapi bila sudah menjadi ibu, fahamlah sudah betapa mulianya martabat seorang ibu ni sebenarnya.
    Mummydearie recently posted…Dia… emak saya *_*My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/ketahuilah-para-ibu-bahawa-doamu-sangat-dahsyat/trackback/

PAGE TOP