Kesan Kekurangan Zat Besi Pada Bayi Dan Kanak-kanak

Sewaktu sedang menunggu giliran untuk berjumpa Doktor paediatrik di sebuah klinik saya terdengar perbualan dua ibu di sebelah saya. Salah seorang ibu menceritakan tentang anaknya yang kekurangan zat besi dan ‘low HB count’ setelah diberitahu oleh doktor.

Dari nada suara jelas si ibu risau tentang kesihatan anaknya. Dia bercerita mengenai penyediaan makanan kepada anaknya.  Sayur bayam sebagai sumber zat besi anaknya. Ibu mana yang tidak risau tentang kesihatan anak kan? Seorang ibu sanggup buat apa sahaja demi kesihatan seorang anak  bukan?

Mineral Zat Besi

Zat besi merupakan salah satu mineral yang sangat penting untuk kesihatan anak kita. Tubuh manusia memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin, iaitu protien dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu.

Jika badan kekurangan zat besi dalam darah, maka badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan tisu dan organ tidak menerima oksigen yang diperlukan. Kanak2 yang kekurangan zat besi akan mengalami anemia kekurangan zat besi.

iron

 

Bagaimana Anak Saya Kekurangan Zat Besi?

Anemia kekurangan zat besi boleh berlaku akibat daripada beberapa faktor :

  • pertumbuhan pesat pada bayi, kanak2 kecil dan terutamanya remaja memerlukan zat besi yang lebih banyak. Kanak2 yang sedang membesar mungkin tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet mereka untuk memenuhi keperluan mereka yang meningkat
  • tubuh mengalami masalah penyerapan zat besi
  • kehilangan darah yang berterusan
  • berlakunya kehilangan darah yang perlahan di dalam usus
  • bayi pramatang atau bayi dengan berat lahir rendah amat berisiko kerana bayi pramatang mempunyai simpanan zat besi yang kurang akibat tidak sempat menyimpan simpanan zat besi semasa dalam kandungan
  • bayi cukup bulan atau dengan berat lahir normal dapat mengumpul simpanan zat besi yang boleh bertahan selama 4-6 bulan selepas dilahirkan
  • Kanak2 picky eater atau vegetarian berisiko tinggi kerana mereka tidak mendapat sumber zat besi dari haiwan seperti daging, ayam dan ikan.

Tanda-tanda Kekurangan Zat besi pada kanak2 :

  • Keletihan dan Lesu
  • Kurang aktif
  • Degupan jantung laju
  • Pertumbuhan terbantut
  • Masalah lemah jantung
  • kurang berat badan
  • Sesak nafas dan kelihatan pucat
  • kurang selera makan
  • pening atau sakit kepala

Bagaimana Ibu Boleh Membekalkan Zat Besi Yang Mencukupi Untuk Anak?

  1. Jika anak anda masih bayi susukan dengan susu ibu sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun kerana susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi.
  2. Jika bayi diberi susu formula pula bayi perlu diberikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi
  3. Beri anak diet seimbang yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, ikan, susu dan produk tenusu
  4. Fokus juga pada makanan yang kaya dengan vitamin c kerana penyerapan zat besi akan meningkat jika makanan yang kaya dengan zat besi diambil bersama dengan vitamin c
  5. Tambahkan nutrisi anak dengan pengambilan supplement

Baca >> Mengapa Kanak-kanak Perlukan Supplement

Bagi 3A ibu sudah berikan mereka Set Kanak2 Shaklee yang mengandungi Mealshakes, chewable vitamin c, Omega dan terbaru Multivitamin Vitalea sejak mereka berumur 2 tahun. Kesemua vitamin ini mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Alhamdulillah, kesihatan mereka sangat baik. Kakak Alyaa sudah jarang kena asma, Affan pula sudah berselera makan, sebelum tu picky eater sampai kurus kering. Aimy pulak makin bertambah cerdiknya.

Diari Ibu3A ~ AnieyYusoff (013.777.3122)

Rujukan : Iron Deficiency In Children

Trackback 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/kesan-kekurangan-zat-besi-pada-bayi-dan-kanak-kanak/trackback/

PAGE TOP