Kenapa Laa Aku Tak Macam Dia?? Kan Bestt Kalau Aku Jadi Dia

Bila si miskin tengok si kaya berkereta besar, rumah besar, ke sana sini melancong. Maka terdetik dalam hati si miskin. Bestnya jadi macam dia. Tapi si miskin tak tahu bila si kaya tengok si miskin yang selalu jalan kaki sama-sama dengan anak-anak dan isteri, berbasikal menghantar anak ke sekolah sambil anak memeluk dari belakang, sampai di sekolah anak mencium tangan si miskin dan memeluk erat si miskin tadi.  Maka, si kaya berkata bagusnya jadi si miskin ini walau tak kaya harta tapi punya kebahagiaan dalam kasih sayang.

Justeru, di manakah silapnya? Menjadi kaya atau menjadi miskin? Menjadi kaya atau miskin sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan kerana mereka yang selalu berkata ‘kenapa la aku tak macam dia’ ‘kan best jadi macam dia’ sebenarnya adalah bermasalah dengan hati. Hati yang tidak redha, hati yang tidak bahagia, hati yang tidak bersyukur, hati yang alpa dan lalai dengan nikmat Allah.

Di Manakah Bahagia?

asd

Jangan kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain kerana memang tak pernah sama. Ramai berkata bahagia datangnya dari kesenangan, kemewahan, kaya..tapi bagaimana dengan orang kaya yang tidak bahagia? Bahagia sebenarnya datang dari hati. Bahagia itu adalah pilihan. Kita yang memilih samaada kita ingin bahagia atau tidak.

Sesungguhnya kebahagiaan sejati datang dari hati yang tenang. Hati yang selalu mengingati Allah, hati yang selalu bersyukur, hati yang selalu mengingati kematian, hati yang selalu membuat perkara yang bermanfaat untuk orang lain, hati yang selalu mencari kebaikan yang hendak dibuat dan mencari setiap nikmat Allah setiap saat untuk di syukuri. MasyaAllah dengan mendekati Allah hati akan menjadi tenang.

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (tenang)” ~ Ar-Rad 13:28

Kisah mereka yang bahagia dengan apa yang mereka pilih tanpa peduli dengan apa yang orang kata seperti dalam video ni

Bolehkah Bahagia Dipilih?

Banyakknya ujian yang menimpa kita, lepas satu datang lagi satu. Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di sekeliling kita ada pelbagai masalah dan dugaan. Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu memilih derita atau bahagia.

Bukankah Allah Maha Adil memberikan manusia akal fikiran supaya kita boleh membuat pilihan?

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) : dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amanya) ~ Az-Zalzalah 99:7-8

Penerangan di dalam Al-Quran mengenai ‘kuasa’ memilih

“(Orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) : mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna ~ Az-Zumar 39 : 18

Kisah Saya Yang Berhenti Kerja

Mempunyai pekerjaan yang bagus, gaji yang agak besar, syarikat yang besar di tengah ibu kota sekali fikir mungkin agak sayang untuk berhenti kerja tapi sekarang saya bahagia menyatakan bahawa saya bahagia dengan pilihan saya. Saya pilih untuk bekerja sendiri dari rumah menguruskan bisness shaklee yang banyak memberikan nilai dalam hidup saya.

Ya, saya pilih untuk hidup bermanfaat pada orang lain. Membantu ramaii orang memilih cara hidup yang sihat. Mempunyai masa tanpa had untuk mencari sebanyak mana ilmu untuk bekalan akhirat. Mengaji sampai puas, mendidik dan membesarkan anak dengan tangan sendiri. Menanam ilmu pada mereka. Saya bahagia dengan pilihan saya yang semakin mendekatkan saya dengan Pencipta. Inilah jalan yang saya pilih.

Tips Untuk Bahagia

  1. Saling memaafkan kesalahan insan-insan di sekiling kita
  2. Melupakan terus perkara yang negatif
  3. Berbaik sangka
  4. Buangkan ego
  5. Hormat dan sayangi insan di sekeliling kita
  6. Sentiasa Redha
  7. Bersabar
  8. Sentiasa bersyukur

InsyaAllah, kita sama-sama jadi insan yang bahagia tanpa ada lagi kata-kata ‘bestnya jadi macam dia’ ok!

Salam Sayang, semoga bermanfaat

AnieyYusoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/kenapa-laa-aku-tak-macam-dia-kan-bestt-kalau-aku-jadi-dia/trackback/

PAGE TOP