Cerita 3A Kami

IMG_0846

3A ini adalah nama singkatan untuk anak-anak syurga kami. Kakak sulung namanya Alyaa, adiknya bernama Affan dan adik kecik bernama Aimy. Dari dulu masa ibu masih belajar ibu selalu berangan yang kalau ada anak-anak nanti nak letak nama bermula dengan nama A atau seterusnya yang huruf ke hadapan supaya bila ada majlis penyampaian anugerah atau yang seangkatan dengannya nama anak ibu akan dipanggil mula-mula sekali.

Sebenarnya ini kes ibu tak tahan menunggu giliran nama dipanggil sewaktu ada majlis. Hihi redha je la anak-anak syurgaku. Tapi nama tu mestilah mempunyai maksud yang baik kan. Apapun ibu selalu berdoa agar akhlak kamu seindah maksud nama-nama kamu.

AnieyYusoff.com ~ Diari Ibu 3A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/cerita-3a-kami/trackback/

PAGE TOP