Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif Selalu Dan Kurang Marah

Kadang-kadang kita bangun pagi dengan rasa penuh bersemangat dan kadang-kadang nak bangun dari tidur pun rasa malas. Nak bangun solat apatah lagi bertangguh-tangguh. Ada hari kita rasa gembira sangat dan sangat rajin buat semua kerja. Rajin masak lauk sedap-sedap, dapur dan rumah licin berkilat kita kerjakan. Ada orang puji atau tak kita tak ambil kisah sebab kita fikirkan pahala yang kita dapat buat kerja dengan ikhlas. Tapiiii…bila datang hari ‘kejatuhan’ kita semua benda jadi tak kena. Nak masak kalau boleh goreng telur je, pantang anak buat silap berderet kena marah dengan kita sepanjang hari, berkira nak mengemas rumah sebab penat dan tak ada orang nak hargai.

Kenapa sebenarnya ini berlaku?

Realitinya dalam hidup kita akan sering dilanda ujian dan musibah yang akan mengundang otak berfikir ke arah negatif. Setiap orang tanpa terkecuali pasti akan berdepan dengan pelbagai persoalan dan permasalahan dalam hidup. Disaat hati dan jiwa yang bercelaru, syaitan dengan mudahnya menghasut kita agar lemah, malas, kurang motivasi, letih, lesu dan selalu berprasangka buruk. Cuba bayangkan kalau kita biarkan diri kita terlalu lama ‘negatif’ ini, apa akan berlaku pada kita dan keluarga kita?

Hakikatnya Allah menjadikan semua manusia itu sama yang membezakan kita dengan orang lain ialah keimanan dan cara kita berfikir tentang permasalahan.

Apa saya buat bila rasa diri kurang motivasi atau rasa down ialah

  • Memperbanyakkan bersyukur. Bermula dari bangun tidur sehingga hendak tidur semula. Bersyukur di atas semua nikmat yang telah Allah kurniakan seperti nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat anak2 yang sihat, nikmat kesenangan hidup. Ucaplah alhamdulillah selalu
  • Solat di awal waktu
  • Banyakkan mengaji Quran dan membaca Al-mathurat
  • Banyakkan berzikir
  • Menyenaraikan apakah nikmat Allah yang dilimpahkanNya untuk kita agar kita selalu bersyukur
  • Banyakkan berdoa agar Allah hilangkan rasa keluh kesah kita, rasa malas, rasa kecewa dan sebagainya
  • Mengamalkan magnet kesucian agar Allah bersihkan fizikal dan rohani kita
  • Banyakkan membaca buku2 motivasi atau menonton ceramah-ceramah agama atau kata-kata motivasi macam video di bawah ni.

Semoga kita mendapat manfaat darinya. Sebenarnya orang2 yang bermotivasi adalah orang berjaya melawan perasaannya dan nafsunya dari sebarang perkara yang melalaikan.

Salam Sayang,

Aniey Yusoff

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/cara-muhasabah-diri-agar-kekal-positif-selalu-dan-kurang-marah/trackback/

PAGE TOP