Buasir Ketika Hamil Buat Ibu Gerun

Ibu mengandung seharusnya memiliki kesihatan yang baik kerana ibu mengandung bukan pesakit. Kehamilan juga adalah proses fisiologi yang sihat. Namun orang yang hamil lebih mudah mendapat pelbagai penyakit akibat kehamilannya. Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita mengandung ialah buasir. Buasir berkait rapat dengan sembelit semasa mengandung.

Contoh ibu trauma adalah seperti di bawah ni sampai serik nak mengandung la..

Pengalaman sendiri sembelit teruk sampai darah penuh satu mangkuk tandas pun dah rasa macam nak pitam. Masa tengok darah menitis-nitis tu rasa ‘Allah..nak mati dah ke aku ni’ Alhamdulillah lepas pergi ke hospital nasib baik doktor bagitau baru permulaan ke arah buasir. Sejak ni serik tak nak sembelit lagi sebab takut kena buasir..huhu

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:

  • Darah merah terang selepas anda membuang air.
  • Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa ibu hamil lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul. Sembelit satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Buasir juga boleh terjadi apabila bersalin, iaitu semasa ibu2 meneran untuk mengeluarkan baby. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika ibu pernah mengalaminya sebelum hamil, berkemungkinan ibu2 akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.

hemorrhoids-treatment-during-pregnancy

 

Adakah Buasir Boleh Dielakkan?

Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan ibu2 tidak sembelit, supaya apabila membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.

Tip-tip berikut boleh membantu ibu:

  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya ibu2 tidak ternyahhidrat
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun hanya cukup sekadar untuk berjalan
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja terasa hendak membuang air. Jika ditangguh, najis akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi magnesium
  • Amalkan Ostematrik Shaklee yang lengkap dengan magnesium

Tip-tip ni wajib ibu2 hamil buat tau kalau tak nak rasa macam apa saya rasa. Bila seru ke tandas datang sila la terus ke tandas ye. Sekarang ni sebelum tidur wajib amik ostematrik. Bukan hanya bermanfaat untuk mengelakkan sembelit tetapi membantu otot untuk rehat setelah penat seharian buat kerja rumah. Ostematrik memang peneman wanita dan ibu2 hebat dari mengandung, bersalin dan seterusnya 🙂

Rujukan :

1. Buasir Semasa Hamil

2. Perlukah Buasir Ketika Hamil Dibedah?

3. Hemorrhoids During Pregnancy

4. Magnesium And Constipation

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/buasir-ketika-hamil-buat-ibu-gerun/trackback/

PAGE TOP