Bilakah Waktu Terbaik Mengasingkan Tempat Tidur Anak

Antara perkara yang sering dipandang remeh oleh ramai ibu bapa hari ini ialah mengasingkan tempat tidur anak dari ibu bapa.

Ramai kawan yang mengakui anak mereka yang berumur 8, 9 tahun masih tidur sebilik dengan ibu bapa.

Alhamdulillah kakak Alyaa berjaya tidur dalam bilik sendiri selepas dia mendapat adik pada usia 2 tahun lebih. Nasib baik kakak Alyaa memang seorang yang sangat berdikari sejak dari umur setahun lagi. Jaga dia memang sangat tak banyak masalah.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…”).

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Pada masa sama, Islam membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka.

Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Hadis ini menjelaskan selain Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.

Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dengan akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari. Oleh itu, wajarlah mereka dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.

tips asingkan tempat tidur anak

Tips Mudah Mengajar Anak Tidur Di bilik Sendiri

1. Beri Anak Pilihan Hiaskan Bilik Mereka

Semasa nak sediakan bilik tidur untuk kakak Alyaa, saya tanyakan pada dia cadar apa yang dia suka, nak lampu tidur atau tidak dan nak langsir warna apa. Hihi sebab kakak masih kanak2 waktu ni dan dia tak kisah nak kartun apa sebab semua kartun dia sebut dan nak, maka ibu bagi tema Hello Kitty.

hello-kitty-bedroom

Cantik kan design2 bilik tidur Hello Kitty ni tapi ni bukan bilik Alyaa la hihi

 

2. Temankan Anak Tidur Sekiranya Anak Belum Berani

2,3 malam pertama ibu temankan kakak Alyaa sampai betul2 lena. Bila dah tertidur baru ibu keluar dari bilik.

3. Biarkan Anak Bersedia

Seminggu sebelum kakak Alyaa betul2 tidur di dalam bilik sendiri, ibu selalu berpesan pada dia yang kakak akan tidur dalam bilik sendiri. Sepanjang proses siapkan bilik untuk dia, memang selalu bagitau dia yang dia akan tidur di bilik sendiri..jadi mereka sangat teruja dan tak sabar2 nak tidur sendiri.

4. Best Tau Ada Bilik Sendiri

Setiap kali bersembang dengan kakak Alyaa saya selalu bagitau dia bahawa best tau ada bilik sendiri. Boleh solat dalam bilik, tukar baju dalam bilik dan boleh simpan semua barang mainan dalam bilik sendiri dan kakak sangat gembira 🙂

Biarkan anak selesa tidur umpama berada di syurganya :)

Biarkan anak selesa tidur umpama berada di syurganya 🙂

5. Puji Anak Atas Keberanian Dia

Bangun tidur keesokkan harinya saya puji kakak Alyaa sebab berani tidur sendiri. Sepanjang hari tu memang selalu la puji dia. Semangat kakak untuk malam seterusnya hihi 🙂

Semoga berjaya ibu2 semua!

~ Aniey Yusoff ~ ibu3A

Trackback 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/bilakah-waktu-terbaik-mengasingkan-tempat-tidur-anak/trackback/

PAGE TOP