Bagaimana Mendidik Anak Mengenal Allah SWT

Rasullullah SAW pernah mengingatkan mula kenalkan bayi-bayi kita dengan kalimah lailahaillallah. Kalimah suci ini kelak akan tertanam pada otak dan hati mereka.

Pernah tak kita ibu-ibu mengeluarkan ayat seperti ini apabila ibu sedang marah “Ya Allah, budak ini kan!”, “berdosa buat macam tu, Allah tak suka pada orang yang suka buat dosa”, atau “Alyaa, habiskan nasi tu!, membazir tu kawan syaitan. Nanti Allah tak sayang!” Ayat ini selalu saya bicarakan dengan anak-anak sebelum ini tanpa saya sedar bahawa saya sebenarnya sedang menimbulkan kekeliruan pada diri anak.

Anak-anak kita sering mendengar nama Allah apabila kita memarahi mereka melakukan kesilapan atau sedang membeliakkan mata memberikan amaran. Ketika ini kalimah Allah kedengaran di telinga mereka dalam keadaan yang negatif. Suatu situasi di mana mereka ingin lari dan dalam ketakutan.

Kita sepatutnya mendidik mereka dengan cara yang mudah bukan membuatkan mereka berasa takut ataupun berat hati. Anak tidak berasa dekat dengan Allah sekiranya kesan yang dia rasakan tidak menggembirakan hatinya.

 

rahmat-rijalun-design-sertakan-dirinya-mengenal-allah

Sekarang saya ubah didikan saya kepada banyak mengucapkan syukur dalam apa jua situasi. Bangun pagi saya tanyakan pada Affan. “Affan sihat tak harini? Sihat ibu katanya..bila sihat kita cakap apa? Alhamdulillah Allah bagi sihat. Saya terbalikkan keadaan negatif kepada sesuatu yang lebih positif. Kita didik mereka menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

InsyaAllah bila kita selalu sebut nama Allah dalam keadaan yang positif mereka lebih dekat dengan Allah. Allah sayang pada budak-budak yang selalu buat baik pada ibu. Berebut-berebut Alyaa dan Affan nak tolong ibu. Katanya nak dapat pahala Allah sayang!

Apabila berbicara dengan mereka selalulah kita menitikberatkan 3 perkara :

1. Kenalkan sifat Allah kepada anak iaitu Al Khaliq, Maha Pencipta. Wujudkan kepekaan dan kesedaran mereka bahawa semua yang ada di sekelilingnya adalah ciptaan Allah supaya mereka kagum dengan kebesaran Allah

2. Ajak anak mengenali dirinya dan mensyukuri nikmat yang ada pada anggota badannya. Selalu memberitahu mereka bahawa apa yang ada pada mereka seperti mata, tangan, mulut, telinga semuanya adalah kerana Allah. Secara tidak langsung mereka akan menghargai anugerah pemberianNya itu. Selalu saya katakan pada Alyaa dan Affan selepas menolong ibu. Syukur Alhamdulillah Allah bagi kakak dan Affan 2 tangan dan 2 kaki supaya dapat buat banyakkk kebaikan lagi. Baiknya Allah!

3. Memberi sentuhan kepada anak tentang sifat Al-Karim. Terdapat dua keagungan dalam sifat ini iaitu kemuliaan dan kemurahan. Asah kepekaan anak-anak bagi mengenali tanda-tanda kemuliaan dan sifat pemurah Allah dalam kehidupan sehari-hari. Sesungguhnya manusia cenderung mencintai orang yang mencintai dirinya, menyukai orang yang berbuat baik kepada dirinya dan memuliakan mereka yang menghormati dirinya.

Semoga kita sama-sama jadi ibu dan bapa yang hebat untuk anak-anak.

Ibu 3A ~ AnieyYusoff.com ~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/bagaimana-mendidik-anak-mengenal-allah-swt/trackback/

PAGE TOP