Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk

Ibu Yang Kesian

Sewaktu Kakak Alyaa berusia setahun lebih dia mengalami sembelit yang sangat teruk. Teruk sebab setiap kali nak membuang mesti menangis sampai merah muka. Menangis pulak menjerit-jerit macam kena dera pulak..huhu

Mungkin atas faktor susu, jadi kami tukar susu dia untuk melihat adakah dia masih sembelit atau tidak.

Buah prun juga kerap kami bagi tapi masih sembelit sampai kami terpaksa amik ubat untuk lembutkan najis dia. Tiap kali dia menangis nak membuang bersedialah saya dengan segala minyak angin untuk urut2 perut dan betisnya. Aduhh kesian sangat πŸ™

Sembelit Di kalangan Kanak-kanakΒ 

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut :

  1. Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  2. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.

Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis

Sebab terjadinya sembelit :

  • Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
  • Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
  • Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
  • Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).

Korek Najis Anak

Ramai rupanya ibu2 yang alami masalah anak sembelit ni.

Masalah sembelit pada kakak Alyaa tidak ingin lagi saya lihat terjadi pada adiknya Affan. Akhirnya saya perkenalkan anak saya dengan Mealshakes. Hanya 1 sudu kecik setiap hari dicampurkan dalam susu atau air minuman dia.

Affan memang langsung bebas dari masalah sembelit walau ketika sebelum mengambil mealshakes dia adalah seorang yang picky eater dan kurus kering πŸ™

Baca >> Affan Yang Kurus Kering Apa Ibu Buat?

Memang mealshakes sangat membantu menambahkan selera makan pada Affan. Sampaikan satu tahap asyik mintak nak makan sahaja. Sehingga sekarang sudah 2 tahun, Set Kanak2 Shaklee memang menjadi satu kewajipan pada keluarga kami.

Sememangnya kesihatan anak2 adalah tunjang utama kebahagiaan keluarga. Alhamdulillah Ya Allah, sangat bersyukur di atas nikmat kesihatan ini.

Mak2 yang ada anak yang bermasalah dengan sembelit, picky eater cubalah kenalkan mereka dengan mealshakes. Pelaburan yang sangat berbaloi demi insan tercinta πŸ™‚

Baca >> Anakku Picky Eater

Baca >> Kanak2 Memang Perlukan Supplement! Pasti mengubah Tanggapan Kita Selepas Ini!

Dari ibu yang tak sanggup tengok anak dia sembelit πŸ™‚

Aniey Yusoff

SMS/wasap : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

2 Comments

    • Aniey Yusoffsays: Reply

      Tq pajak pasal 21..semoga bermanfaat utk semua πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/anak-sembelit-teruk-sampai-kena-seluk/trackback/

PAGE TOP