14 Tabiat Yang Mengundang Gangguan Kesihatan Anak

Kanak-kanak yang kerap sakit kerana daya tahan tubuh mereka belum kuat dan masih sensitif. Bagaimana pula dengan pola makan dan pola hidupnya? Adakah teratur atau tanpa aturan? Jom jadi ibu bapa yang bijak. Antara sebab gangguan kesihatan adalah seperti berikut :

1. Minum Minuman Bersoda

Minuman bersoda memang menjadi ke’gila’an kanak2. Akan tetapi minuman ini amat merbahaya untuk kanak2. Ia mengandungi kafein yang akan menyebabkan kanak2 mengalami gejala seperti susah tidur, hiperaktif dan mengganggu proses pembelajaran sekiranya diambil secara berlebihan dan kerap.

Minuman bersoda juga mengandungi natrium. Ia dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah. Kesan sampingan ini akan kelihatan apabila anak meningkat dewasa. Oleh sebab itu, tidak hairan jika zaman sekarang kebanyakkan kanak2 muda menghidap strok.

2. Minum Air Sejuk

Air sejuk tidak baik untuk kanak2 kerana ia menyebabkan kegemukan. Ini kerana, air sejuk mencegah proses pelarutan lemak dalam tubuh, sehingga menyebabkan penumpuan lemak dalam tubuh secara berlebihan.

Air sejuk menyebabkan penyakit selsema dan batuk. Juga boleh menyebabkan ransangan yang kuat pada salur pencernaan yang akan menyebabkan sakit perut.

Air suam atau yang bersuhu bilik amat baik diberikan untuk kanak2.

3. Makan Gula-gula

Memakan makanan yang terlalu manis seperti gula-gula sangat berbahaya kepada kesihatan gigi kanak2. Seeloknya elakkan anak2 kita dari terlalu kerap memakan gula2. Dan bagitau mereka supaya kerap memberus gigi selepas makan.

4. Menonton Televisyen Terlalu Dekat

Menonton tv dalam jarak dekat boleh memberikan kesan negatif pada mata anak. Tarikan rancangan di tv dan permainan moden dalam komputer membuatkan ramai kanak2 membesar dalam persekitaran yang tidak sihat.

Tidak hairanlah sekarang sekiranya kita lihat semakin ramai kanak2 di sekolah rendah yang memakai cermin mata.

Hasil kajian mendapati, kanak2 yang mengalami rabun jauh lebih banyak menonton televisyen iaitu selama 12.5 jam seminggu berbanding 8.4 jam bagi kanak2 yang tiada masalah penglihatan.

Elakkan anak dari menonton tv terlalu dekat

Elakkan anak dari menonton tv terlalu dekat

5. Membaca Sambil Berbaring

Membaca sangat disukai oleh kanak2, walaupun mungkin mereka hanya sekadar melihat gambar sahaja. Namun, apabila aktiviti ini dilakukan dalam posisi yang tidak betul seperti sambil tidur atau berbaring, ia tidak baik untuk kesihatan mata anak kita.

Jarak yang sesuai antara buku dan mata adalah 30cm. Apabila membaca sambil berbaring, posisi buku akan semakin dekat dengan mata kerana tangan menjadi letih bagi menopang atau memegang buku.

6. Membaca Di dalam kereta

Membaca di dalam kereta juga tidak baik untuk anak. Ini kerana, struktur jalan menyebabkan kereta sentiasa bergerak di dalam keadaan yang adakala bergoyang ataupun bergetar. Ini menyebabkan mata susah untuk fokus dan cepat letih. Dan ini boleh menyebabkan kerosakan mata.

Reading In Car

7. Membaca terlalu lama

Membaca terlalu lama mendatangkan kemudaratan kepada mata. Ajar anak kita merehatkan mata mereka daripada membaca 30 minit supaya mata tidak cepat letih.

Memandang tumbuhan hijau adalah cara terbaik untuk penjagaan mata selepas membaca terlalu lama.

8. Hindari mainan bersaiz kecil

Mainan yang terlalu kecil harus dihindari daripada anak2. Ini bagi mengelakkan mereka daripada tertelan mainan yang bersaiz kecil. Anak2 kecil yang tidak mengerti apa2 mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka mungkin menyangka itu adalah vitamin atau gula2.

9. Kawasan bermain yang tidak sihat

Kawasan bermain yang kotor dan berdebu mempengaruhi kesihatan kanak2. Persekitaran yang tidak sihat banyak mengundang penyakit kepada mereka.

10. Memasukkan tangan ke dalam mulut

Ajar anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Nabi Muhammad SAW apabila hendak makan, baginda selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh An Nasaie daripada Aisyah r.a menyatakan yang bermaksud, “kemudian ajarilah anak membaca bismillah ketika hendak makan dan akhirilah dengan membaca alhamdulillah.”

11. Kurang Perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa yang selalu sibuk dengan urusan kerja sering kali kurang memberi perhatian kepada anak2nya. Anak2 yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa seringkali berasa tertekan dan kecewa. Ini menyebabkan gangguan kesihatan mental dan juga fizikal anak.

12. Terlalu membiarkan anak yang aktif

Anak yang terlalu leka bermain sehingga seringkali mengabaikan waktu makan boleh mengundang masalah kesihatan seperti mudah sakit, kekurangan tenaga, vitamin dan mineral.

Kawal anak kita dan ajar mereka untuk patuh pada peraturan. Sebaiknya jangan terlalu membiarkan mereka dalam kebiasaan mereka bermain sehingga leka.

Sebagai ibu bapa, belikan anak kita mainan yang yang mendidik supaya keaktifan anak kita dapat terarah dengan baik.

13. Terlalu Bergantung pada ubat-ubatan

Anak yang kurang sihat memang perlu makan ubat. Namun, pengambilan ubat-ubat ini perlu dikawal. Kerana ada baik dan buruknya pengambilan ubat tertentu dalam jangka masa tertentu. Jangan anak hanya selsema sedikit kita sudah memberikan ubat selsema kepada mereka.

Pada peringkat ini, sistem pertahanan badan mereka sedang berkembang jadi seeloknya biarkan sistem pertahanan badan mereka bekerja secara semulajadi. Juga boleh ditambah dengan memberikan mereka vitamin dan nutrisi seperti vitamin c, omega 3, zat besi dan kalsium untuk menyokong tumbesaran mereka.

14. Membaca di dalam gelap

Membaca di dalam gelap iaitu dalam keadaan cahaya yang kurang akan memberi tekanan lebih tinggi pada mata seterusnya merosakkannya.

Salah satu tabiat yang mengundang kerosakan mata

Salah satu tabiat yang mengundang kerosakan mata

Anak2 yang hebat dan sihat lahir hasil didikan dari kedua ibu bapanya. Semoga bermanfaat

~ Aniey Yusoff ~ Diari Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://anieyyusoff.com/14-tabiat-yang-mengundang-gangguan-kesihatan-anak/trackback/

PAGE TOP